Monday, December 21, 2009

musim mengawan

hai...
sempena sekarang musim mengawan..aku pun mem"busy"kan diri memmenuhi undangan musim mengawan..eh salah undangan perkahwinan..haha..
kalau korang tengok fesbuk aku ke frenster (oh ya frenster dah berwajah baru.comel!) memang banyak gambar aku menempel kat kenduri kawen

saya memang suka pegi kenduri kawen. sebabnyaa..dapat makan FREE HAHAHA sambil tujuan mencuci mata tapi takat ni tak penah pun jumpa yang hensem2 agak2 nye la kan orang2 hensem ni tak g kenduri kawen ke? ke kenduri kawen ni utk yg single mingle mencarik pasangan? dengan erti kata lain mereka yang g kenduri ni tak laku?? OMG!! tidak tidak..


tengok..menempel je muka aku.




kalau tak rosakkan pelamin memang tak sah!

Saturday, December 19, 2009

siapa sebenarnya aku padamu

ho ho ho ho..

ada orang ajak aku tunang.. maaflah bukan jejaka idaman yang ajak tapi orang lain..
dan aku menolak dengan kasar dan pedih..
maaf !

Thursday, December 17, 2009

tidak punya masa

i'm restless...
damn tired
working under pressure depress and stress..

lengkap semua perasaan itu..hehehe
neway malas nak pk pasal kerja..demi sesuap nasi ku gagah kan jua huhuhuhu

this saturday is Nuth's engagement day..wee~~ hari yang ditunggu tunggu
jadi akan bermalam di sana esok hari.. dan tahniah esok aku keja! dang~

jadi sekarang tengah pikir baju apa patut pakai nuth tunang nanti.. eemm~ (tengah pk)

pastu nanti kena pk jugak dia kawen nak pakai baju apa.

dia nikah lagi.. kenduri kawen belah azid lagi..

huh susah ni..motifnya supaya nanti dalam gambar takde la aku pakai baju sama je.hahaha..

busy sungguh dengan nuth kawen..wedding planner yang tak berapa nak planner..

tapi sebenarnya... sedih hilang kawan ronggeng sorang. dah sedih sejak dia cakap dia nk kawen lagi.. jadi sekarang takla aku rasa sedih sangat. tp pasti akan sebak (eleh nk cakap nangis sebenarnya., cover cakap sebak) bila sah nuth jadi isteri Ahmad Azid.



kenapa aku nampak sangat sesuai dengan encik azid dalam gambar ni.hahaha

Tuesday, December 8, 2009

first impression

A : aku suka kau
B : kenapa kau suka aku?
A : sebab kau lawa


X : Carikkan aku makwe boleh.
Y : Boleh..kau nak macam mane?
X : Macam kau
Y : Macam aku macam mane?
X : cantik cam kau..


persoalan di sini. eceh macam hos kan rancangan bersama Hanisah jek. ok balik semula persoalan disini penting ke paras rupa? adakah kalau kita berteman kan mereka yang kurang dari segi paras rupa kita akan bahagia? adakah kalau kita berteman kan mereka yang cantik dan kacak kita akan mendapat segala kemewahan. Pada pandangan aku yang tak berapa matang ini rupa bukan segalanya dan sudah pasti aku akan mengeluarkan reaksi menolak pada orang orang sebegini sekiranya bila aku tnya kenapa kau suka aku? dan jawapan dia rupa. i'm so not interested with this kind of guy.. i much prefer a guy that know me first then fall for me.hehe.. coz beauty is not lasting bebeh.. nothing is lasting..bila dah tua kerepot pasti kamu akan tinggalkan saya jika kamu suka kan saya kerana rupa. but i do agree first impression is important. kalau tidak masakan ada peribahasa "dari mata turun ke hati" jadinya kalau first impression is failed sila tukar peribahasa "don't judge a book by it's cover" itu kalau nak nilaikan buku kalau untuk manusia "jangan pandang paras rupa sahaja" asal cantik je kau nak rembat. kalau tak cantik kau malas nak layan..heeep tak baik tu..

p/s : apa definisi wanita?

Tuesday, December 1, 2009

dun play play ar..

O hai..

today sumone really pissed me off early in the morning..
yesterday i got this sms "can u make it for tmrw meeting?"
then i reply "tmrw i want to work on communication part"
then she which i assume can't get my message I DUN WANT TO GO reply "i think u should go coz this is a formal meeting. did u check ur email?"
"no i dun chck my email today"
"then tmrw u come earlier then only we decide"
but what was happened this morning she call me just nice when i reach office and ask me where am i and ask me to go with her.. i thought i still can choose not to go when she say we decide tomorrow morning....
what is the impact of the meeting with me?it's a management meeting and i'm not a management people at all. pleaase i'm not interesting with all documentation..gosh!! she want me to be there coz she want me to write down the meeting minute.. which is the meeting minute is charged on the PROJECT MANAGER's salary not a SOFTWARE ENGINEER's salary..urrghhh!!


ok stop..abaikan semua..

sedang cari lagu.membelek segala jenis file didalam DVD yang lelaki kesayangan bagi. then i found 1 folder contain of twilight- new moon OST. COOL..hahaha tak payah susah susah aku donlod.. thnks sayang luv u..muuuuah

oh ya jalan jalan cari buku twilight - new moon (of coz aku nak tgk muvie dulu baru baca buku) terjumpa buku twilight in malay. twilight become senjakala and new moon become cinta baru?? erk?? apa kah? and when i read the synopsis it obviously a direct translation. giler derang pakai software apa nak translate the whole book.

Sunday, November 29, 2009

3 hari cuti yang sangap

Hi !

Selamat Hari Raya Aidil Adha..
saya tiada apa mahu di tulis..
cuti 3hari 3hari sangap duduk umah..baik kan..
tapi semalam malam g tengok new moon. =D
banyak benda kena buat tapi semua tak dapat nak buat sebab takde mood.
kerja banyak tapi malas..semua deadline dekat dekat...rasa macam nak pengsan.. sigh~
i refuse to do some messy thing macam web ke apa ke..i choose to do backend..
tapi bukan ke backend lagi susah..hahaha..
backend di sini membawa process di belakang tabir yang memastikan projek berjalan lancar..including database phew~
kadang kadang rasa sekarang jugak nak resign..agak agak bos akan buntang mata tak?
serius kadang kadang rasa tak larat sngt nak kerja..rasa macam nak duduk umah jek..tapi kalau duduk umah je takde siapa nak bagi duit free kan.mungkin buat freelance buat kerja dari umah..tp monthly income tak tentu..rasa nak kawen..suruh laki support..hahaha
cam senang je jadi pompuan kan..tak nak keja suruh laki support.tapi laki boleh ke buat camtu??
siap dah cakap kat abah tahun depan nak kawen..pergh tak teragak agak.
HAHAHAHAHA
bosan bosan bosan...

Friday, November 20, 2009

agak agak

kalau saya jatuh agak agak awak nak tak tangkap saya dari terjatuh ala ala macam citer hindustan yang kita suka tengok tu..

kalau saya sakit agak agak awak nak tak berlari datang kepada saya hapuskan semua kesakitan saya denagn senyuman awak sambil bawakkan saya belon spongebob.kalau ada belon sailormoon pun saya nak jugak

kalau ada orang jahat tetiba datang kacau saya agak agak awak nak tak datang selamatkan saya macam Edward Cullen datang selamatkan Bella Swan.

kalau saya rasa sedih agak agak awak nak tak pinjam kan bahu awak untuk saya nangis kat situ dan saya nk pinjam baju awak jugak untuk lap hingus.awak bagi tak?

kalau saya gembira agak agak awak nak tak lompat sama sama dengan saya dekat tengah tengah KLCC?

kalau saya kena pinang orang agak agak awak nak tak terus datang jumpa mak bapak saya cakap tak leh pakcik saya cinta sama anak pakcik.pastu terus tarik saya kita lari sama sama

kalau saya demam agak agak awak nak tak masakkan bubur untuk saya sambil nyanyi lagu isabella?

kalau saya rindu kat awak agak agak awak rindu saya jugak ke?

p/s - saya suka jalan jalan dengan awak sambil hayun tangan tinggi tinggi, tapi saya tahu awak tak suke =D

Monday, November 16, 2009

kekecewaan

terlihat aku kelibat pilot di kokpit.
seorang perempuan dan memakai tudung putih
aku seperti dang!! kepala kena hantuk kat dinding
kenapa aku tak dapat jadi seperti dia
sangat bergaya dapat duduk di dalam kokpit..
ini tidak ADIL!!!

hahahaha
serius aku kecewa

Wednesday, November 11, 2009

jom ke singapura

mulakan perjalanan dengan kasut yang comel supaya anda nampak comel =D

i tot i can spend my time for vacation and rileks a bit from workload there. tapi malang jangan kau mimpi. heh tengah tunggu bas (ok aku pergi naik bas heh apa kah??) sempat lagi bukak laptop prepare minute meeting. ok dah tu tetiba kawan aku mintak tolong buat keja dia. i just wut?? i dun want!! dalam hati je mampu. sigh~

dahla suruh aku naik bas. aku mintak naik flight tak nak. banyak songeh kau. naseb kau amek bas mahal. terus aku tak banyak bunyik dan suka naik bas hehe.. bas dua tingkat yang ada pelayan.ce ce ce siap bagi pesan "please fasten your seat belt for your safety" rasa macam naik flight pulak.cume lebih lama. dapat makan makanan hotel dan dapat head phone yang perlu di pulangkan dan dapat tonton muvie weee~~ lagi dapat dessert dan dapat minum petang sebab "flight" aku petang.hahahaha..serta kerusi yang empuk membuatkan aku sayang nak tinggalkan kerusi itu.

Singapore sangat susah carik makan halal or maybe i just dunno where. makan di hotel waiter cakap "all food here no pork no lard but not halal" phew~ berpinar kejap. tetiba makan makanan yang baik untuk kesihatan. sayur+telur+fried rice+fruit. amek kek rasa semacam terus stop. apakah aku baru sahaja makan arak? makan? bukan patut minum ke? (*_*) oooh rasa macam dah mabok..pergi Chinatown, suatu yang ajaib jika berjumpa kedai makan halal.hehe tapi memang ajaib sebab ada masjid di situ. pelik tapi benar hasil kepakaran aku baca peta. dan tempat sembahyang sangat terhad bukan ada surau surau di shopping complex dan hotel.

oleh kerana hati tak mau tp rela ke Singapura. memang takde duit langsung. gamble selamba tahap gaban. bahahahaha.. jadi tiada perlu beli apa apa di sana. bukan kah makan di tanggung pihak penganjur.

surau di hentian Pagoh yang sangat style!

perjalanan balik. pelayan bas cakap "All the passenger can use the washroom in the first floor for LIGHT usage only" hahahahaha...giler sengal. maknanya kalau nak buang yang berat sila bagitahu driver,nanti driver akan berhenti di R&R. sememangnya cecair lebih ringan dari pepejal.wahahaha.. oh lupa nak bagi tahu pergi Singapura untuk training =D Intermec Asean Developer training. apa itu Intermac? sila tanya abang Google.

Friday, November 6, 2009

kerana mu Singapura

bismillah..
dengan secara paksa dan rela aku membuat keputusan ke Singapore T__T
dengan kelam kabut dan terpaksa hari Sabtu lepas aku mengagahkan diri ke Shah Alam untuk buat pasport.heh hari sabtu semua Imigresen tutup kecuali Sh Alam dgn Damansara. Secara otomatik Cik Dayah kena menjadi peneman aku yang setia. hehehe.. Pejabat buka pukul 8 aku sampai sana pukuk 750 heh kau ingat awal la tu? sampai sana barisan dah panjang ok...


Sila duduk anda akan dilayan sebentar lagi

nak buat pasport kena ada gambar pasport. malam itu juga kelam kabut gi kedai gambar "saya nak amek gambar untuk pasport sekarang siap" dan gambar itu siap selapas 15min. sangat huduh tembam macam apa..

mekcik mane ni? aih.. T___T


Oleh kerana kecekapan pakcik dan makcik imigresen.hehe.. pasport itu siap hari itu juga. 2jam selepas bayar duit.kalau tak bayar tak dapat la pasport.ok.

heh siap akhirnya engkau.


Sementara tunggu pasport siap g sarap kat kedai kopi sambil cuci mata.memang pandai aku cari kedai untuk sarapan pagi..dekat dengan toilet untuk Cik Dayah yang saket perut dan dekat dengan tasik untuk aku cuci mata tengok lelaki macho jogging hehehe malu i.


peneman yang tak pernah jemu menatap muka aku dan mendengar bebelan aku. saaayang bangat sama kamu.


pasport dah dapat hati berbunga riang terus ajak makan di kedai kegemaran aku dan si kekasih hati dan kegemaran Cik Dayah juga. (^_^") heh mula la terkenang zaman zaman stadi dulu.

makanan kegemaran...cepat teka kat mana..


lepas makan Cik Natrah yang sudah berkali kali telifon terpaksa telifon sekali lagi untuk memastikan kitaorang datang jugak jumpa dia. okla demi cinta ku pada mu aku datang jugak. untung korang dapat kawan macam aku.

tempat pertemuan dengan cik natrah ngok ngek

Gambar hiasan je zoo negara tu. last2 melepak saja di rumah natrah sambil makan mcD. perasan tak kitaorang asek makan je keja (^_^") tengah tengah makan sambil bincang nak berjalan kemana lepas makan mula la ada orang keluarkan idea gila seperti mandi sungai di Ulu Yam. heh apa kejadah sehelai sepinggang nak g mandi manda ni. Idea gile di sokong sorang lagi yang gila. dan aku yang bagi cadangan untuk pulang dulu amek semua barang tidak disokong. heh akhirnya sebulat suara setuju pergi picnic di Ulu Yam. Hanya kami bertiga dan Si Kekasih hati natrah dan kawan Si Kekasih hati Natrah.hahaha... siap pesan kepada Si Kekasih Hati Natrah "bawak yang ensem,tinggi dan single" hahahaha.. oh ya secara otomatik kitaorang semua tido umah Natrah malam itu. heh memang gila. terpaksa keluarkan duit beli seluar picninc dan baju tuuuuut dan seluat tuuuuuuuut.

bersiap sedia g shopping makanan untuk picnic dan baju picnic.

Plan tgk wayang tengah malam pun tidak menjadi kerana bukankah lebih baik kita spend quality time together gather. hehehe..


cracky head + trouble maker

P/S- maseh menanti gambar picnic dari Cik Natrah. heh budak tu memang lembab.hahaha..


meet me at the borderline

I spent my time just thinking bout you
Every single day yes, I'm really missin' you
And all those things we use to do
Hey boy, what's up, it used to be just me and you
Can you meet me halfway, right at the boarderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further then this
I want you so bad it's my only wish

Boy, I travel round the world and even sail the seven seas
Across the universe I go to other galaxies
Just tell me where to go, just tell me where you wanna to meet
I navigate myself myself to take me where you be
Cause boy I want, I want you right now
I travel uptown I travel downtown
I wanna to have you around like every single day
I love you always..

Let's walk the bridge, to the other side
Just you and I
I will fly, fly the skies, for you and I
I will try, until I die, for you and I

Wednesday, October 28, 2009

putus cinta!!

suatu malam, dalam perjalanan dari belakang menuju ke hadapan. muzik latar dari pen drive sendiri.

Miss D : wei Miss W, aku kalau putus cinta aku nak dengar lagu ni.
maaf aku lupe lagu apa

Miss W : uuuu giler sedih lagu kau. kalau aku, lagu ni. hehehehe (sila dengar track 1)

Miss D : wei ni lagu Miss I. hahahaha

Miss W : tak kira nak lagu ni jugak. nanti kalau putus cinta aku nak bagi lagu ni kat bf aku.
sama sama gelak

Miss W : tak pun kalau bukan lagu ni. aku rasa lagu ni kot (sila dengar track 2)
terus tekan button next kat modulator cari lagu

Miss D : giler sedih lagu lagu kau ni..tak leh jadi ni aku kena carik lagu lagi sedih kalahkan lagu kau. hahahaha
sama sama gelak

Miss D : jahat aku ni. belum papehal dah pilih lagu untuk putus cinta..

Miss W : hahahaha kita kena bersedia (^_^")


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com

Monday, October 26, 2009

di mana semua orang?

ok saya maseh belum dapat kek hari lahir saya lagi...
huhuhu tapi saya dah buat request yang tidak tahu malu kepada kakak saya meminta cheese cake.hanya dari secret recipe dan perisanya semestinya cheezy choc yummy!!
denda yang aku kenakan sebab dia lupa besday aku..huh! T_T
tapi jangan mimpi kau akan dapat hanisah.berpijak di bumi nyata ok..

yeah~~dapat hadiah dr bestie.best! i like it so so so much..
thank my dearie intan muaax!!

ok fine bulan NOVEMBER yang saya tunggu akan tiba sikit masa lagi..
yea tuan tuan dan puan puan hanya beberapa hari lagi..
paksa rela ke singapore sob sob sob~~
sungguh tidak menguja kan aku..
takpela aku menanti penghujung NOVEMBER dengan sabar..

Thursday, October 22, 2009

untuk diri sendiri

생일 축하해요 =D


translation : Happy birthday to Y O U!!

dalam bahasa Malaysia : Selamat Hari Lahir

untuk diri sendiri..
Sempena menyambut ulang tahun yang ke 24. since takde sape (maksud aku selain ahli keluarga) nak celebrate besday aku T_T (ini tanda sedih) aku menghadiahkan diri sendiri beg laptop yang berharga RM70.00 ceh siap bagi harga. beg laptop yang takde dalam bajet TERbeli dan TERguna menyebabkan bajet bulanan kelam kelibut. hahahaha...

uwaaaaa sob sob (mood sedih). lelaki kesayangan tiada berdekatan untuk meraikan hari meningkatnya umur aku. jadi tiada la makan malam sempena besday dan tiadala upacara memilih hadiah besday atau upacara membuka hadiah besday dan juga tiada upacara makan kek suap2. teeehee (^_^) sedih ok.. beberapa bulan sebelum tarikh ini selalu berangan dia akan buat kejutan istimewa dengan tiba di airport sambil merenyeh dan berkata "suprise!! hepi besday!!" kan syiok kalau begitu. tapi takpela abaikan..


sila hadiahkan saya tiket kapal terbang ke sarawak pleeease~~ (buat muka comel walaupun tahu memang tak comel =p)

Saturday, October 17, 2009

cita cita aku

Hari ini hari sabtu, semalam hari jumaat dan esok hari ahad
bermakna satu lagi weekend.
weekend yang penuh dengan undangan a.k.a jemputan open house.
bukan untuk aku..tapi untuk mak bapak aku, aku hanya tumpang makan je. hehehe..

and since yesterday, i was on leave then i was accidentally hook up with japanese series..
hahahaha...old series, i bet all japanese's lover already watched it. so do i.. teeheee =D
by watching this series make me flash back my desire to become a pilot..hahaha..
ok aku pernah bercita cita jadi pilot... female pilot wow sound cool.. best sebab dikelilingi lelaki...hahaha ok ok bukan tu niatnye walaupun ada sikit muahaha.. kenapa aku nak jadi pilot? sebab nya aku rasa sangat teruja dan rasa sangat best dapat duduk kat cockpit tengok awan.. (^_^) dan satu lagi aku sangat kagum dan selalu curios macam mane rasanya dapat terbang kan kapal terbang yang amat besar dan berat. takat pandu volvo aku tu rasa macam bwk lori jek.. hehehe...seriously i amazed dan sangat meminati pilot bukan takat muka hensem dan duit banyak.wahahaha... tapi tu la umi dulu suruh belajar memain..tak nak belajar betul2..ish ish ish.. last last jadi programmer duduk depan komp tekan2 keyboard. kerja macam giler kena ambush dgn customer kena ambush dengan management..padan muke kau.. anyway i still luv being programmer.. =D


why don't you fly~~

Wednesday, October 14, 2009

riang ria

Vanue : ShoGun One Utama
Date : 12 Oct 2009
Time : 730 - 900


Celebration meraikan konvokesyen Nurul Asyira bt Roslin.
Bravo! Bravo!
Welcome to the club.. =D


posing yang memang sengaja dibuat dengan niat menjeles kan dayah yang tidak join.
supaya dia jeles..n we did it yeay me!!
hahahaha (evil laugh)


meng"order" big apple walaupun perut kenyang tapi nafsu masih besar.
ish ish ish apa nak jadi ni.


kami la ni..
nape aku nampak katik je ni?

sekian..malas nak tulis panjang panjang sebabnya aku tengah kekurangan darah ni. jadi menaip tak baik untuk kesihatan. (^_^")

Tuesday, October 13, 2009

happy~~

saya sangat gembira hari ini bercampur letih dan tidak cukup tidur..
ingin tidur..
kemudian sahaja saya update.

Thursday, October 8, 2009

Which way now? Stuck again

i couldn't say much when sumone pass me the rumors.
and i have nothing to say when i confirm it with sumone that I trust.
and i already prepare for it when the real person talk to me about it.
so now what is my plan??

of course u go i'll go. people may say don't follow others.
yeah..i heard it a lot. but i already had enough when all of my senior left me unguided and unattended. people around keep asking me the thing that I cannot answer. pewh~~
and I feel what the purpose I stay without someone guiding me.yeah..maybe he pampered me so much with full of guidance. I feel want to cry.I dunno for what reason. I hold the cry for long enough. once again they abandon me.

Frankly speaking I wish I can stay here for a long time maybe 1year. but seem like I have to re-plan my plan. No wonder this past few days I keep thinking about looking other jobs. since I feel I more happy when I'm in the client site. people there make me feel welcome and give me warm feelings. Here in my own office i cannot feel the warm feeling. most of my clicks is chinese I do mingle around with malay's click but seem still have gab need to catch up while I was too busy out of office and busy with workload. eating lunch is no more fun as before. I always the quite one. just talk when needed. most of the time I just be a good listener and focus on my foods. T_T I rather eat by myself alone or pujuk rayu baby alex to eat mcD with me. In my thought as long I do my work it gonna be ok. but today, seem I will tender my resign letter soon.maybe not so soon. and I know the management aware about this. since they busy collecting all the source code from me for the tools I and him develop (^_^"). and since he is going most of us will go.


Actually I already had a job offer.they just waiting for my answer. a job offer from my ex-click. he open his own business and asking me to join him. working with my so called best buddy (^_^") They want me. I already knew most of the people in the team. HA-HA-HA

So any vacancy for me? The higher pay win!!hahaha

Monday, October 5, 2009

i am who i am now bcoz of them..


Saya sayang mereka..

Beronggeng bersama sama menaiki kereta Malida amat menyeronokkan sambil mengimbau kembali kenangan 3 tahun yang lalu. zaman di mana terlalu muda dan zaman hanya untuk enjoy dan stadi. usha lelaki ensem.zaman bermain true or dare (^_^). zaman megorat lelaki. zaman bergaduh dengan pak guard zaman malam2 berjalan kuar bilik menuju ke blok seberang untuk tonton citer hantu sambil peluk bantal. zaman kongsi kongsi tilam dan bantal akibat takut selepas tengok citer hantu. dan juga zaman berjalan kaki ke kelas.

Tak sabar nak melawat kawan yang kuat membebel tapi telah beranak (tak aci kawen awal,nak anak jugak =D)

Saturday, October 3, 2009

3 tahun la..



Lelaki kesayangan semua orang menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ketiga.. bersama kami dan daddy beliau. kesian kena tinggal kerana mak beliau terbang membawa diri ke sabah. kerana terlampau best bersama kami, tiap kali si daddy datang beliau akan mula gelisah sambil geleng geleng kepala "tak nak balik" eksyen kau dengan daddy kau ek..





si adik menyebok kat belakang.


duduk diam2 la..tiup lilin tu.


si adik pun nak posing di samping abang tercenta (^_^")

Monday, September 28, 2009

Monday blues dan hati ku berbunga

atas talian dari pelanggan tempat
(online from client site)

it is black OUT here. lucky i bring my phone cable so i able to connect to my broadband..
fuh...or else aku akan mati kebosanan di sini..

Hati bunga bunga kepada orang yang datang beraya semalam

Hati bunga bunga juga tengok kau tadi

Suddenly i humming this song..just bcoz i just finish watched this series last week hahaha...tak perlu cakap aku tahu dah LAMBAT!


Sunday, September 27, 2009

Orang suka kata...

Orang kata perempuan ni kuat berdrama..
Bila lepas tengok citer sedih sedih sikit bagi yang ada bf mula la tepon bf buat ayat sedih2 macam dalam citer sedih yang korang tengok tu.. kalau yang takde bf start la berangan kalau ada bf macam tu macam ni sama macam dalam citer sedih yang korang tengok tu. ni fakta kot bukan berdasarkan pengalaman aku jek.. kawan aku ramai macam tu..kalau tengok citer sweet sikit romantik sikit mula la rengek2 kat bf mintak nak macam tu jugak..dalam mimpi je la dapat kot..haha..yang takde bf sila berangan lagi..T_T

oh ya aku tak pernah tahu tanda ni T_T adalah tanda menangis..tahu apabila intan tegur kenapa aku nangis..ooo baru tau yang T_T tanda nangis..hahaha sebab nya aku baca blog orang dia suka letak tanda T_T aku baca aku rasa hepi so aku pikir tanda tu tanda hepi..ehehehehe..

Orang kata lagi "if u luv someone lets them free..if they come back to you means you are mean to be together" tapi macam mane ek kalau tak come back? mesti sedih frust tertonggeng tonggeng kan? mesti sakit je hati bila baca ayat aku tulis kat atas tu kan?kan?kan?
pastu tertunggu tunggu bila dia nak balik kat kau. pastu kalau dia dah ada orang baru lagi kau merana betul? betul? betul? sakitnya bercinta tapi kenapa masih nak bercinta? oh please jangan guna alasan lumrah manusia ingin dicinta dan mencintai..hak hak hak.. semua orang tahu bercinta tu menyakitkan tapi entah mungkin rela disakiti asalkan dicintai? macam tu ke? aku penah rasa heart broken walaupun sekejap cuma tapi cukupla..sakitnya melihat orang yang kita sayang tapi tak mampu kita pegang.memang tak leh pegang haram..ehehehe..

kasih sayang yang terlalu mendalam, perasaan "i dun want to let it go" atau sejak kerja ni bos aku selalu cakap kat aku "there must have a way" bila tiba aku dan dia (boss aku) stuck pasal system membuatkan aku jadi tak mudah putus asa dan sentiasa punya harapan.. err tapi tengok keadaan jugak kot..

ok tiada yang khusus repekan aku hari ini.
sehingga berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama..(apa kau ingat aku buat rancangan hati ke hati ke??)

Friday, September 25, 2009

Raya ke-6

Raya beb!!!!!
apa barang men tenet time raya..HAHAHAHA
Sanggup aku meninggal kan lappy dan internet untuk menikmati hari raya di kampung.

nanti hupdate...



SeLamaT haRi RayA~~~

Tuesday, September 15, 2009

kalau bulan boleh berkata kata

saya sibuk sekarang ni..
tiada masa mau hupdate belog ini..
kesian belog ini...dalam kereta sorang sorang pun tak mampu nak pikir apa nak tulis kat belog.
sebok sebok sebok..eh tak leh cakap sebok nanti betul2 sebok..
jadi nak cakap
tak sebok tak sebok tak sebok..hihihi

raya ahad ni.insya allah..kasut raya takde
baju raya yg dah siap jadi tak siap sebab gatal nak letak manik tapi jahit manik tak siap..
kepada yang bertuah nantikan kad raya di peti surat rumah anda
di ulang yang bertuah sahaja (^_^") cepat cepat g cek peti surat masing masing
ok rasa sangat mengantuk. ingin tidur..

Friday, September 11, 2009

what a small world

so guys tell me..

Did your boss come and seat next to you sharing the same desk with you just to do work together? my bos did it!

Did your boss come to you just want to share the new finding or solution or enhancement or new technology? my boss did it!

Did your boss come to you and help you in your work and willingly to explain the whole thing to you without you asking him why? my boss did it!

Did your boss cover up your mistake and willingly to finish and checked your task? my boss did it!

Did your boss spend his/her precious time just want to draw a map for you to go berbuka puasa? my boss did it!

Seem like my boss pampered me a lot! trust me you can ask about anything to him sure you will get the answer. although sometime you need to remind him 2-3 times bout sumthing (^_^) same goes to me..teeeheee (^_^") He know I hate meeting so he cover up for me. or he think i not able enough to answer customer. mmmm...bahaya ni.

I always know we are living in the small world. but last few days only i really realize it is true when i met a guy that saw me at shikin's weeding. seem he pay attention to me since he is the one remember me and ask me.haha...he still remember me eating by myself with shikin's relatives on shikin's nikah day. T_T frankly speaking aku memang suka cuci mata tengok laki kat kenduri kawen oleh itu lebih sesuai pegi dengan rakan perempuan dari bf (^_^") but i did not know they looking at me..hahahaha.. so who know u may find your soul mate at kenduri kawen..

Friday, September 4, 2009

tidak ada yang menarik

Hai semua..
=D Bila komputer takde depan mata
Bila internet tak dapat disambungkan
Bila blogger tak dapat di paparkan
mula la macam macam dalam kepala nak tulis. tak sempat sempat..kalau boleh tengah tengah drive tu nak bukak komputer sambung broadband.. teheee..
Tapi bila dah ada semua mula la blur...last last merapik je lebih
ish ish ish..

Hari ini sangat penat..seharian duduk client site.buat apa tah..Orang tak puasa terpaksa gak puasa.menahan lapar dan dahaga..sob sob sob..berjalan sana sini..jauh ok..Pastu tengah tengah jem curi curi makan biskut dalam kereta.. =D malu orang nampak..tapi tak pedulik nak makan jugak. Tapi takpe seharian yang berbaloi..bunga bunga hati.. Baiklah kau, aku buat pembakar semangat buat keja kat tempat kau yang bosan tu. hahahaha.. Malu tau bila kau mintak kad aku cakap "saya takde kad" aih...hampeh betul aku ni takde kad nama..tak canggih betul. last last kau bagi kad kau kat aku.. tapi takpe kau kan ada email aku..teehee =D Isnin ni gak aku cakap kat bos aku nak kad nama..kalau takde aku cakap aku tak nak keja...hehehe..nanti aku cakap kat bos aku lagi aku nak ikut kau g jalan jalan jugak.eh bukan jalan jalan ikut kau sama sama buat keja memastikan program aku berjalan dengan jayanya..hak hak hak..

Monday, August 31, 2009

Lima Tanda Kau Telah Terlalu Lama Single

curik dari tenet..sangat kelakar ok..Untuk lelaki sahaja.. (^_^)

Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

  1. Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari tadi. :roll:
  2. Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.
  3. Kau banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?
  4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.
  5. Kau mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Sunday, August 30, 2009

The someone

I was surfing someone's facebook who's the name cannot be mention here. (eceh cam Harry Potter lak) Honestly speaking... I quite miss that someone..I have really really really good friendship with that someone..I ruin the friendship..I take my own path and leave that someone all alone.I gave that someone 24hours notice. and I really want to see that someone move on and get a life...

and I know it not easy like talking..I know that someone not agree on what i did but life must go on right?? There is no way I can turn back time coz this is my choice and I already decide it. Even though there is no issue for me and rest of people around me with my friendship with that someone but I guess is better for me to just walk away. and I know that someone is following my life from my facebook and of course from this blog. You know who you are..

Hate me today, Hate me tomorrow, Hate me forever.....

cara cara menjaga budak budak..

bosannye..tak tahu apa nk di rapik kan kat sini..
got a few draft that i havent finish..
Baru lepas berbuka.menunggu masa untuk terawih..
rumah riuh rendah dengan suara si comel dua orang, Hannah dan Ammar
Oh Ammar dah pandai cakap sekarang..Kalau dalam phone sebok dia nak cakap jugak

"hello icah, icah wat apa ni?"
"icah tengah main game. Ammar kat mane tu?"
"Ammar dalam keta daddy..ni keta daddy"
(cakap macam aku boleh nampak keta daddy dia tu)

macam tadi abah tengah cukur misai menggunakan shaver bateri.then Ammar react
"ya allah tok abah buat apa tu" T_T
sooo cute... tak berapa jelas sebutan but still we manage to understand what he try to say.
and actually when the boy start to talk formally..it kinda cute and we the elders really eager to talk with him and ask him several question and at this point the elders need to choose word carefully.coz their might easy to influence with bad word like cursing word and what so ever. contohnya tak boleh la nak sebut "kurang ajar kau" depan depan budak budak..nanti dia ikut pulak.

Oh ya...baru semalam berjaya menonton Twilight..movie yang membuat kan Intan angau dengan Edward Cullen sampai terus beli buku of all the series. Me? feel like i'm in the different world T_T but my vote is for Eric.. T_T ce ce ce sebab Eric macam budak Korea. dan Mike pun cute..kalau aku dalam citer tu..tiap kali kelas PJ aku nak baling bola kat kepala dia..hahaha.. Oh citer ni buat aku berharap my boyfriend has super power to move fast..so cost of airlines ticket is not an issue anymore dan boleh jumpa hari hari tehee T_T Oh i love the scene when they two on top of the tree..and chit chat there together, looking into your love's eyes...kan best camtu.. ehehehe..

Monday, August 24, 2009

yesterday fault..

Kesalahan semalam yang menyebabkan segala apa yang aku lalui sekarang. cuba di kikis cuba di buang tapi seperti kesalahan semalam seperti bayang bayang yang sentiasa mengejar tuannya. yea kerana kesalahan semalam menyebabkan aku hidup dalam ragu ragu dan kesalahan semalam sentiasa menghadkan aku. sampai bila?
aku tak dapat nak punya apa aku harapkan di sebabkan kesalahan semalam..kata kasar sikit "padan muka kau hanisah, siapa suruh kau buat camtu dulu kan dah jadi macam ni"
merenung jauh..kemana berakhirnya semua ini.
terpikir mampu kah di teruskan lagi? perlukan diteruskan lagi?
perlukan di hentikan semua ini? tapi bagaimana? mampukah?
sampai bila aku sanggup bertahan di serang dari setiap sudut?


Saturday, August 22, 2009

Friday, August 21, 2009

lelaki remja ensem

Ramadhan muncul lagi..alhamdulillah kita maseh upaya menyambut Ramadhan kali ini. tahun hadapan belum tentu lagi..
Kalau bulan puasa ni dari kecil aku memang suka ikut mak aku gi terawih. masa umur 8thn tak leh blah beria aku packing telekung nak ikut umi g terawih ni. jalan kaki g surau. masuk surau aku dah control ayu konon sume laki nak pandang aku la (niat terpesong sungguh ) padahal baru 8thn tu.dah gatal ya rabbi.hahaha...bile azan semangat nak sarung telekung tp rupenya aku salah amek. aku hanya membawa 2 helai kain telekung.tanpa telekung. tu la niat dah terpesong tadi kan. jadi nya aku hanya bergumbira di surau makan moreh.hehehe..

Dah bijak sikit, aku mula dapat kawan oshin,dangdut dan noen. mula mula kami baik..semayang ikut imam tapi lama lama hantu jugak pale otak derang ni..hahaha..dangdut mula meluahkan niat beliau untuk jadi penari dangdut (so, got the idea where the dangdut name came from). jadi di surau la tempat dangdut berlatih membuat tarian dangdut. di mana aku di angkat menjadi manager. T_T Apabila orang angkat takbir mula la kami berlari ke belakang bergelak tawa dengan telekung masih tersarung. then bila orang duduk tahiyat je mula gelabah g pura pura duduk tahiyat gak..jahat gile anak pakcik razai ni..hehehe..

dah ada anak dara remaja mestila ada anak teruna remaja kan..wahahaha...memang kegatalan aku terserlah.(bukan aku je tau.kami semua gatal) ada lelaki remaja ensem rupenya..tapi malang muda dari aku..tapi fizikal macam sebaya aku.. betul dia ensem aku tak tipu. tak caya tanya mak aku. Entah macam mane lelaki remaja ensem ni dapat tahu aku kata dia ensem. cis mula la lelaki remaja tu perasan la kan..cubaan mengurat aku..rasa diri lawa jap time tu padahal hingus pun meleleh lagi..siap calling calling apa sume.sumpah aku tak tipu. time raya g beraya umah dia.alahai...tapi takde bercinta apa pun..budak lagi kot..mane aku tau cinta cinta ni..sekarang tak tahu mane g lelaki remaja ensem tu. sebab dia dah pindah rumah.dengar2 dia pindah umah banglo mane tah..kaya ni rugi aku tak grab je kan..hehehe..last time jumpe dia time form4 kot dia dengan gf dia..sumpah tak cantek.hish terkutuk lak..dia ensem tapi gf dia memang out. n obviously dia still ingat aku..takat senyum je la kan..takkan lak aku nak g tegur "hai kekasih lama" wahahahaha.. aih zaman hingusan aku..
rasa macam nak pulang ke zaman itu dan cakap kat lelaki remaja ensem tu "I'm yours"
kah kah kah kah

Saturday, August 15, 2009

Silent Lover

Don't you know your laugh just make my day

Don't you know your smile make my heart woo woo woo

Don't you know your voice make me calm

Don't you know i eagerly waiting your sms for every second, every minute, every hour, everyday

Don't you know i do listen to your favorite song like it's dedicated to me

Don't you know your touch make me stop breathing for a second

Don't you know your lips make me dub dab dub dab dub dab

Don't you know your smell make me melting

Don't you know your soul make me want you so badly

How i wish you know...T_T



Hold my hand tight
Don't let it go..

Monday, August 10, 2009

4 tahun yang lalu

Hari ini saya gembira anda bagaimana??

* gambar tanpa di tapis *


Sunday, August 9, 2009

Kawan atau lawan?

Aku tak pernah berkira dengan kawan kawan..
kawan susah kalau mampu aku tolong akan aku tolong..
kawan ajak jalan insya allah aku akan penuhi kalau takde hal..
kawan msg akan aku reply cuma antara lambat atau cepat..

Secara jujur aku tak pernah berkira dengan kawan kawan.
tapi aku bukanla kawan yang terlalu baik.masih ada kekurangan yang perlu di baiki.
tapi apabila kepercayaan aku disalah guna kan, keikhlasan aku di pandang ringan memang aku akan terasa dan terkilan. Tapi entah mengapa aku masih mendiamkan diri dengan perbuatan kawan. aku pikir biar kawan itu sendiri menyedari salah dia.

Setakat ini aku belum pernah lagi dianiaya oleh mereka yang aku panggil kawan. syukur..
sekadar terkilan terasa hati itu lumrah la..bergurau kasar bergurau kurang ajar berselisih pendapat itu sume sudah lali. Syukur aku mempunyai lingkungan rakan rakan yang memahami dan sedia bersama aku waktu susah dah senang, waktu aku di atas waktu aku di bawah waktu aku tertonggeng waktu aku guling2 .

Selamat hari Sahabat yang aku pun tak tahu tarikh sebetulnya..
Selamat hari Sahabat kepada mereka yang rasa dia sahabat aku..



p/s - kenapa ek entri aku serius2 belaka?

Monday, August 3, 2009

Ia retak menanti belah..

Aku mempunyai sebiji bola kaca yang cantik dan sangat tak ternilai. Ia pemberian seseorang kepada aku pada hari lahir aku 6 tahun yang lepas. Aku amat sayang kan bola kaca yang cantik itu. Bola kaca itu uniknya ia boleh bersinar sinar dan sangat jernih. Aku dan bola kaca tak dapat dipisahkan. Tika aku makan aku bawa bola kaca di dalam poket aku. Tika keluar jalan aku simpan bola kaca itu dalam beg sandang atau beg galas aku. Bila tidur aku akan simpan bola kaca itu di dalam bekas khas. Pendek kata aku sentiasa bersama dengan bola kaca. Bola kaca merupakan sebahagian dari hidup aku. Demi Allah aku terlalu sayang kan bola kaca itu. Mungkin korang semua pelik bagaimana aku boleh sayang benda tidak bernyawa sebegitu rupa. Tapi ini lah aku.

3 tahun yang lepas. Aku pernah terjumpa bola kaca yang baru. Lebih gemilang warna nya dan sudah tentu lebih cantik. Aku teruja, mula berfikir untuk menggantikan bola kaca aku yang lama. Aku terus membeli bola kaca itu dan mula mengabaikan bola kaca yang lama itu. Tapi sayang bola kaca yang baru itu pecah, tidak dapat tahan lama. Aku sedih. Tika aku menangis terkenang bola kaca baru, aku terpandang akan bola kaca lama yang sepi ditinggalkan aku. Mujur bola kaca itu masih setia di situ di tempat aku tinggalkan ia ketika aku menemui bola kaca baru. Aku dan bola kaca lama kembali tidak dapat di pisahkan.

Tika marah akan aku hamburkan amarah pada bola kaca. Tika sedih kepada bola kaca itu aku nangis sambil genggam erat bola kaca. Tika gembira aku lambung lambung kan bola kaca itu. Setelah sekian lama, lantaran kesibukan aku sedikit demi sedikit aku mula abaikan bola kaca itu.Suatu malam aku membelek setiap inci bola kaca itu. Rekahan demi rekahan aku lihat. Aku menangis. Rekahan memenuhi setiap inci bola kaca itu. Aku sedih amat sedih. Aku menangis. Bagaimana selama ini aku yang sentiasa bersama bola kaca tidak perasan rekahan itu. Bagaimana aku menjaga bola kaca itu ? Ia retak menanti belah. Aku tak tahu apa perlu aku buat untuk selamatkan rekahan itu dari pecah kesemuanya. Orang kata hilang patah tumbuh berganti tapi manakan sama yang asal. Langsung tak kan sama. Ataupun mungkin tidak akan berganti. I started to blame myself.. I start to miss my crystal ball. I have a dream. In the dream I lost my crsytal ball. Wake up I cry and cry and cry..

I dont want to loose my crsytal ball...

Saturday, August 1, 2009

H1N1

Malam itu, aku dipaksa abah ke klinik..
uhuk uhuk
rupernya aku demam panas 38.5 celcius.. aku rasa takde la tinggi sangat kot.
tapi tempreture tu dah beep beep kaler merah

"Kamu ni demam panas ni. Kalau baby dah kena sawan dah. Naseb kamu bukan baby"

doktor tu asek bebel je tak sempat nak sampuk dia asek bercakap jek.

"Kamu ni kena jangkitan kuman ni. mungkin dari udara. Nanti jangan tidur direct kena kipas kalau boleh pakai kipas duduk, kalau gune aircond buat dia swing. Saya nak inject kamu ni. Bagi turun sikit suhu badan kamu tu. Nak inject kat mane? punggung ke tangan? kalau tak nak sakit kat punggung kalau nk sakit kat tangan." (sambil jentik2 jarum injection.)

psyco jugak doktor ni..
"er...tangan je la doktor"

dan as a result tangan aku kebas sampai ari ni..
Alhamdullillah demam pun hampir kebah. cume selesema dengan batuk je lagi.
Kalau tak sihat lagi esok kena amek darah..uish mcm serius sngt je..demam je kot..

"kak nisah rasa macam nak demam la.. takkan kena H1N1 kot."

"kak nisah ada sengal badan?"

"orang demam mestila sengal badan"

"saket tekak?"

"takde"

"batuk?"

"ada"

"selesema?"

"ada"

"sesak nafas?"

"takde. susah nafas hidung tersumbat adala.."

"ha....kak nisah H1N1 la!!"

"hei.. nak kak nisah mati ke? nanti kak nisah mati baru tau"

"kalau kak nisah mati tina nak suma baju2 kak nisah"

"eee...hahahahampeh btl budak ni"

Tuesday, July 28, 2009

Berita Kematian lagi

Mati itu sangat hampir dengan kita.
Sangat hampir..
Kita sendiri pun tak sedar bilakah malaikat maut datang menjenguk kita
Kita sendiri pun tak sedar bilakah malaikat maut akan datang menjemput kita.

Pagi tadi Aima mesej kata ayah nya sudah tidak ada lagi..
terkejut..
Inalillah..
sedih...tapi apa boleh buat. sudah sampai masa untuk di jemput pergi.
benda bernyawa pasti mati, sedangkan benda tidak bernyawa pun punya tarikh luput inikan pula manusia..

Al fatihah untuk pakcik Abu Jalil..
hanya itu mampu aku berikan..

Monday, July 27, 2009

si malas

Hari yang sangat malas.
Hari ini saya sangat sangat sangat malas nak g kerja
tapi sedar tak sedar tetiba saya dah ada kat office dah..
sigh~~
bukti kemalasan apabila pagi2 datang kerja update blog.
apa ni intenet opis untuk buat kerja la...ngelat betul
kenapa saya tidak demam hari ini?
atau pun saket perut ke?

Hanisah sila bersyukur kamu diberi kesihatan yang baik..
huhuhu...

Tuesday, July 21, 2009

A M B U Y A T

Past few days, I was craving for A M B U Y A T. For those who having my id in their YM friend's list will notice my status will mention about A M B U Y A T. I did mention it on Facebook too and in my previous entry (^.^).

A M B U Y A T is a food from Brunei (I guess..) and popular in Borneo Island. Only few people in West Malaysia know about this A M B U Y A T. Thanks to Azlina's mom who introduce this superb food to me. Since I was craving for this A M B U Y A T I decide to learn making the A M B U Y A T. Unfortunately the ingredient to make this A M B U Y A T rarely found in Kajang. Or I can say IT CANNOT BE FOUND HERE!

Thanks to Azlina and family and Hasliman who was so nice and so kind to me. Without them maybe until today I still craving for A M B U Y A T.

So, yesterday I try to make the A M B U Y A T by my own.. By my own bebeh..
Here we go..



The "sambal" to eat with A M B U Y A T. Sangat pedassss..



A M B U Y A T is on the way...



The A M B U Y A T..


Hoooray!! I did it!!
As the result.. I not manage to finish the A M B U Y A T bcoz the "sambal" I made tooooo spicy.
It is toooooooo spicy bebeh~

Monday, July 20, 2009

Weekend saya yang indah

Weekend yang indah di mulakan dengan menonton Harry Potter and The Half Blood Prince bersama sama "Crime Partner". To keun "This time is mine.." kah kah kah kah.. To kak Ina sayang "wan nak laksa!!"

Ahad hari yang sepatut nya hari berehat rehat di rumah telah diisi dengan penuh makna sehingga 12malam. Bermula dengan memenuhi jemputan kahwin kawan sekolah rendah aku yang memang tak berjumpa sejak hari terakhir sekolah. tup tup dah kawin.. aku yang bodoh tidak langsung terlintas nak amek gambar. spoil betul la..

Next destination, Shah Alam. Nak ambil barang dari Hasliman. yea akhirnya dapat jugak aku makan ambuyat..hehehe...Oleh kerana aku dengan Dayah (teman peluh masam) merasa boring dan rasa sangat rajen. Kami membuat keputusan melawat Intan di kampus Puncak Alam..
pergh....kalau aku tahu jauh takde aku offer diri gi Puncak Alam.. opss..takde takde Intan, demi kau aku datang gak walaupun jauh. Bak kata dayah macam jalan balik kampung..Sampai sempadan Kuala Sgor tu..Sebab dah jalan jauh aku tak kira nak jugak tangkap gambar tengah2 bulatan kat UiTM tu..tak kira aku datang dari jauh ni!! Pedulik semua orang tgk aku.. hahahaha


yezza dayah posing jangan tak posing..

Yer..Lihatla warga puncak alam..haha


Muka puas selepas dapat bergambar dengan labu sayung..
Andai kata bekalan air terputus boleh la Intan simpan air dalam labu sayung ni..


Puas bersuka ria dan bergelak ketawa serta cuci mata melihat adik2 sekolah. waktu untuk pulang. Sekali si Natrah call merayu domba ajak jumpa. Sekali lagi aku yang baik hati pun menggagahkan diri meredah kesesakan lalu lintas di samping tak tahu jalan. Mujur tak sesat. Kira terer gak aku dengan Dayah merentas kota Kuala Lumpur ni ek..
Natrah yang konon menjanjikan makanan Mediterinean (rasa macam salah eja..belasahla) dan arab untuk kitaorang

Muka gembira


Makanan Mediterinean yang di janji kan Natrah (hahahampeh!!)


Memeras duit Natrah dengan air mahal. Sehingga Natrah terpaksa order air limau je.HAHAHA

Pulang dengan gembira dan penat campur masam serta perut yang sendat.
Hepi bersuka ria seperti Isnin hari cuti..
Kawan Kawan beruntung kan dapat kawan macam saya? Sanggup datang dari jauh semata untuk bergelak tawa.
(^_^)