Monday, July 20, 2009

Weekend saya yang indah

Weekend yang indah di mulakan dengan menonton Harry Potter and The Half Blood Prince bersama sama "Crime Partner". To keun "This time is mine.." kah kah kah kah.. To kak Ina sayang "wan nak laksa!!"

Ahad hari yang sepatut nya hari berehat rehat di rumah telah diisi dengan penuh makna sehingga 12malam. Bermula dengan memenuhi jemputan kahwin kawan sekolah rendah aku yang memang tak berjumpa sejak hari terakhir sekolah. tup tup dah kawin.. aku yang bodoh tidak langsung terlintas nak amek gambar. spoil betul la..

Next destination, Shah Alam. Nak ambil barang dari Hasliman. yea akhirnya dapat jugak aku makan ambuyat..hehehe...Oleh kerana aku dengan Dayah (teman peluh masam) merasa boring dan rasa sangat rajen. Kami membuat keputusan melawat Intan di kampus Puncak Alam..
pergh....kalau aku tahu jauh takde aku offer diri gi Puncak Alam.. opss..takde takde Intan, demi kau aku datang gak walaupun jauh. Bak kata dayah macam jalan balik kampung..Sampai sempadan Kuala Sgor tu..Sebab dah jalan jauh aku tak kira nak jugak tangkap gambar tengah2 bulatan kat UiTM tu..tak kira aku datang dari jauh ni!! Pedulik semua orang tgk aku.. hahahaha


yezza dayah posing jangan tak posing..

Yer..Lihatla warga puncak alam..haha


Muka puas selepas dapat bergambar dengan labu sayung..
Andai kata bekalan air terputus boleh la Intan simpan air dalam labu sayung ni..


Puas bersuka ria dan bergelak ketawa serta cuci mata melihat adik2 sekolah. waktu untuk pulang. Sekali si Natrah call merayu domba ajak jumpa. Sekali lagi aku yang baik hati pun menggagahkan diri meredah kesesakan lalu lintas di samping tak tahu jalan. Mujur tak sesat. Kira terer gak aku dengan Dayah merentas kota Kuala Lumpur ni ek..
Natrah yang konon menjanjikan makanan Mediterinean (rasa macam salah eja..belasahla) dan arab untuk kitaorang

Muka gembira


Makanan Mediterinean yang di janji kan Natrah (hahahampeh!!)


Memeras duit Natrah dengan air mahal. Sehingga Natrah terpaksa order air limau je.HAHAHA

Pulang dengan gembira dan penat campur masam serta perut yang sendat.
Hepi bersuka ria seperti Isnin hari cuti..
Kawan Kawan beruntung kan dapat kawan macam saya? Sanggup datang dari jauh semata untuk bergelak tawa.
(^_^)

2 comments:

shafinas rinoa said...

hahaha xpela aku xkisah ko tak dtg lg kat puncak alam..mmg jauh pun..anyway thanks tau dtg...sayang korang~muahhxx!

wnH said...

ehehehehehe
janganla berkata begitu intan..
wahahahaha...