Thursday, September 30, 2010

mari hanyut dengan faizal tahir

tangkap hanyut dengar suara Faizal tahir di permulaan lagu (maafkan ayat skema)
lagu yang di tujukan khas untuk mereka mereka yang terlalu hanyut dengan kehidupan sampai terlupa pada yang tersayang. sampai terlupa pengorbanan orang yang sentiasa ada di sisi korang. sampai terlupa yang korang sakit kan hati orang korang sayang.tak baaik tau!

walaupun belum punya ikatan yang sah tapi mungkin mereka mereka ini sudah punya rasa tahap secure orang tersayang korang tu takkan tinggalkan korang. lantas korang akan mula abaikan orang tersayang korang. bila one fine day orang tersayang mereka ni menyentap meninggalkan korang mungkin masa itu baru gelabah kelam kabut, maka jadi la lagu kat bawah ni..




macam peribahasa "nak berak time tu la nak bina jamban" pernah tengok tak rumah takde jamban sekarang ni? takde dah kan. jadi peribahasa tu tak leh guna.hahaha...

sumtime we forget to show our appreciation to the one that always there for u
sumtime we forget to say "i luv u" to the one that u love
sumtime we forget to show how important the one is to u
after sumtime...the one will leaving u with disappointment n heart broken..

Tuesday, September 28, 2010

budak gemok gedempol

"ko tu makin gemok gedempol"
ada sentapan di situ..menggangu sistem pernafasan aku dan secara otomatik sistem aliran darah aku bertambah laju..deria mata aku mule rasa panas macam ada air sungai nak ngalir keluar.

mungkin kalau orang yang cakap itu ada lah orang yang tetiba aku enak2 ngusha laki laki kat IOI mall tu tetiba lalu cakap "wei gemok gedempol la ko" aku maseh boleh buat dek dan menganggap laki tu gila otak tak center.

memang lumrah wanita la..tnyala perempuan kurus mane pun dia akan cakap "wei gemok tak aku?" itu sebenarnya adalah ayat pancing inginkan perhatian dan nak orang cakap "wei ko mane gemok". tp awas kalau ko tipu pompuan bab ni ko memang carik nahas!! memang mulut aku selalu cakap "aku gemok!" tapi dalam hati sehabis yakin aku kurus macam badan patung kat kedai jusco kat IOI dalam cermin kaca yang pakai baju kurung warna hijau tu (ceh detail sungguh explaination)

paling tak best ucapan "ko tu gemok gedempol" adalah dari orang kepercayaan kau yang sebelum ni dia selalu cakap "ko tak gemok la..." sentap okeh! mula la aku rasa nak jerit guling guling atas katil nak nangis nangis.kalau guling atas lantai saket la badan aku yang gemok gedempol ni walaupun banyak lemak tapi saket la jugak.. tak puas guling guling atas katil aku yang kecik tu yang tak mampu nak tampung badan aku yang gemok gedempol tu aku terus campak tepon bile dia cakap "aku tido dulu la..dah ngantok!!" naseb aku campak tepon adik aku. so selamba gajah aku campak sampai tepon tu kuar message cakap "please insert simcard" ah!takpe tepon adik aku yang rosak bukan tepon aku.

puas bukan dapat berguling guling nangis nangis sampai mata bengkak. hati tak tenang sampai tak dapat pejam kan mata sebab nanti pejam kan mata mimpi kawan kawan ejek "budak gemok gedempol datang!! lari!! budak gemok gedempol datang!!" nampak tak trauma sungguh dengan "budak gemok gedempol tu" ok, sebab dah tak mampu nak pejam mata untuk tidor takut mimpi "budak gemok gedempol" perlu la luahkan perasaan kat blog pulak pastu luahkan kat facebook pulak pastu luahkan kat tweeter lak biar semua orang tau aku la si budak gemok gedempol.

sangat tidak adil bukan kau buat orang berperasaan sangat tidak best tapi ko best best tidor sambil berdengkur korek idung..dahla dah takde nak tido di waktu yang sama dengan aku lagi sekarang ni. yerla aku kan dah gemok gedempol mane boleh tido sama waktu dengan kau lagi. aku hanya tong sampah warna itam di kantin sekolah kau pulak pensil tekan tekan shaker kaler pink di gilai kanak kanak wanita di kelas 6A. macam tu la perbandingan kiter..

aku rasa aku perlu mandi untuk menyejukkan luar dan dalam badan aku ni.yer sekarang jam hampir pukul 12 tengah malam.apa??belom mandi lagi?? biasala budak gemok gedempol memang malas mandi sebab tu dia gemok gedempol. lagi pun lemak sana sini berat susah nak jalan. nak jalan gi bilik air boleh amek masa sampai sejam..

dapat rasa tak tekanan budak gemok gedempol ni?? hebat bukan penangan si pencil tekan tekan shaker kaler pink tu...

Thursday, September 23, 2010

another Q

what if I told you i still LOVE him, i still MISS him, i still ADORE him..

would YOU still LOVING me? TREAT me like u always treat me?

MISS me like crazy like u always did?

Saturday, September 18, 2010

ko punya tetek ke? ko punya vigina ke?


Hi! bangun awal pagi sebab terlalu excited untuk pukul 2 hari ini =D. dan bangun awal pagi mahu bercerita tentang koc wanita aauw!

Kepada mereka mereka yang di luar sana yang menggunakan perkhidmatan komuter (ok kenapa macam buat karangan UPSR bahasa melayu ni). senang citer sape tak tahu apa itu koc wanita??sila angkat ketiak sekarang!

terang nyata dan jelas komuter punya gerabak khas untuk wanita sahaja..(auww penggunaan perkataan wanita terasa sangat perempuan) jadi kalau ko rasa ko mempunyai payu dara 2 biji (eh 2 biji ke 2 buah) kecuali mereka yang mnghidapi breast cancer.tapi paling penting ko mesti punya vagina..nah!~agak direct bukan penjelasan aku?senang untuk di fahami bukan? jangan pulak tanya aku vagina itu apa? purfff~pegi tanya pakcik google. ok kalau rasa korang menepati kriteria yang aku sebut itu korang layak untuk masuk ke gerabak ini.

tapi malangnya maseh ada yang buta huruf di mesia ini. walaupun berpakaian kemas. berkerja di kota Kuala Lumpur tapi masih tidak mampu membezakan jantina dan masih tidak mampu membaca "Ladies at all time" ok mungkin ko tak pandai english tapi sebagai warga mesia ko mesti pandai baca bahasa mesia "koc wanita" mesti! jika gagal mungkin ko memang buta huruf.mungkin ko hanya berpakaian segak tapi kerja ko cuci tandas sahaja.

sudahla ko masuk koc wanita..menodai keutamaan wanita pastu macam best duduk kangkang besar besar 2 seat ko sorang. pastu member ko duduk selang satu kerusi dari ko dan duduk kangkang besar besar 2 seat ko sorang.sila kira berapa banyak kerusi yang telah digunakan untuk 2 orang lelaki ini sahaja. ko ingat ko tengah lepak atas sofa umah ko ke?

tapi sangat gembira bila tren tiba di KL Sentral ko kena halau keluar oleh pakcik polis dan pakcik tren..hahahahaha...padan muke!

tapi kegembiraan hanya di stesen KL sentral. pasangan lelaki perempuan, setelah di inggeriskan iaitu couple..kalau ko rasa tak nak berpisah dengan gf ko..sila masuk gerabak campur..annoying betul tengok couple yang sebok nak masuk koc wanita (auww! wanita yo) apa laki tu takde pride ke masuk gerabak wanita? atau rasa best yang teramat sebab dikelilingi wanita..

patut atau tidak bila lelaki ini memasuki koc wanita, aku cadangkan semua wanita wanita perlu tenung muka laki ini dengan membawa maksud (sila berambus! ini koc wanita!! ko ada tetek ke?ko aga vagina ke?? ko ada period ke??)

p/s - maaf kan Tajuk entri yang sedikit lucah! hahaha

Thursday, September 9, 2010

saya bersyukur

saya bersyukur kerana mampu lagi bernafas di tika ini

saya bersyukur saya di lahirkan cukup sifat

saya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dimana saya belajar apa itu keluarga

saya bersyukur punya umi yang pandai memasak dan kuat membebel

saya bersyukur punya abah yang sangat saya sanjungi

saya bersyukur kerana saya mampu untuk merasa sedih, pedih, terguris

saya bersyukur kerana saya mampu merasa sakit apabila terjatuh

saya bersyukur kerana saya masih mampu ketawa dengan lawak bodoh rakan rakan

saya bersyukur kerana saya diberi kesempatan berpuasa pada tahun ini

saya bersyukur kerana saya mempunyai rakan yang super dan terbaik

saya bersyukur kerana saya sentiasa di sokong oleh mereka yang sayangkan saya.

saya bersyukur kerana saya masih boleh menangis jika kena marah

saya bersyukur kerana di lahirkan sebagai Wan Nur Hanisah binti Abdul Razai bukan sebagai angelina jolie atau aishwarya rai mahupun megan fox

Friday, September 3, 2010

di bawah terik matahari kita pasti berpeluh

thank you for always be by my side

thank you for giving me your hard and warm sholder to lean on

thank you for always take care of me

thank you for always cherish me every moment i feel down

thank you for always pick me up when i fall

thank you Allah for lend me such a wonderful person in my life =)

You are who u are

random: takde kena mengena pun tajuk dengan entri ni..hahaha

update: tajuk entri sebenarnya merujuk kepada KAMU yang berjalan terik2 kena matahari di bulan puasa di stesen komuter KUALA LUMPUR berdekatan pejabat POS mesia. iya tepat sekali entri ini merujuk kepada KAMU

Thursday, September 2, 2010

untung sabut timbul untung batu tenggelam

perot menyanyikan irama keroncong..

kata hati "sabarla..."

pulang sendirian hari ni

kata hati "takpela bukan selalu pun..."

kaki melangkah naik komuter. dapat tempat duduk

kata hati "hoooyeee dapat duduk.."

pandangan mata berpinar sebentar

kata hati "sabar sabar...mungkin sebab puasa..."

pikiran melayang berjalan tapi pikiran kosong

kata hati "hati hati lintas jalan tengok motor.."

sampai rumah kata kakak sederhana besar
"takde makanan umi tak masak. umi dengan abah buka kat luar. kitaorang beli makanan sendiri. gi la beli"

kata hati "S E D I H tau!!!"