Tuesday, June 30, 2009

pesanan untuk Kak Ina dan ajima Keun



Zairina Zaid dan Khairunnisah Osmin (amek kau nama penuh wan tulis)
sila jeles dengan Wan..



tapi tak mengapa jangan bimbang. Wan sentiasa on jikalau kamu orang ingin menonton citer ini. Menonton dengan orang berbeza memberikan perasaan yang berbeza dan suasana yang berbeza serta gosip yang berbeza.. Oleh itu sila la ajak atau menjemput Wan kalau nak beronggeng bersama sama since ajima Keun pun dah duduk Taman Warisan kan.. Oh I like...


Tuesday, June 23, 2009

Revenge is coming

Cara cara menghidupkan demam Transformers

1. Menonton trailer Transformers : Revenge Of Fallen di youtube

2. Menonton semula movie Transformers yang pertama untuk mengimbas kembali ingatan anda sebelum menonton sequel yang kedua

3. Mendengar soundtrack Transformers yang dinyanyikan oleh Linkin Park - What I've Done (lagu dari soundtrack filem yang pertama)

4. Membooking tiket Transformers : Revenge Of Fallen tetapi gagal kerana telah penuh. damn~

5. Men"google" imej Megan Fox yang H O T dan hasil carian memang H O T, extra H O T. untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.

ok cukup sampai di sini sahaja..
sehingga bertemu kembali..

Friday, June 19, 2009

Missing

thinking of flying to Sarawak to meet him..
sigh~~ long distance relationship, it is not easy as A B C.

How if I pay the ticket and ask him to support all my expanses there?
hehehe (evil..)
or ask him to pay the flight ticket for me.. (more evil)
hahahaha..

Really want to see him..argh!! tsk


Thursday, June 18, 2009

Hanya untuk dilihat dari jarak jauh




Hanya boleh di lihat dari jauh..
bukan untuk di lihat dari jarak dekat...(sila rujuk pada minit 1.05)

Monday, June 15, 2009

rindu ku beralih arah..


yer...rindu ku sudah beralih arah..
rinduku tidak lagi kepada budak yang cube buat tanda peace tapi tak jadi ni




Rindu ku beralih kepada budak ini..
Yang konon konon comel lah dengan memakai bunga di rambut tu..





Yang ini pula sekadar meng'gedik'
hehehehe..
godek godek photoshop ini lah hasil nye..

hahahaha



p/s - saya rindu lelaki ini juga huhuhu (^_^)


Saturday, June 13, 2009

barisan hadapan bersiap sedia

11 days to go...
yippie~~~

gosh..I really can't wait for this 24June..
ada apa dengan 24Jun??

yes It is TRANSFORMERS : Revenge Of Fallen premier day..



Aku baru sahaja menonton trailer TRANSFORMERS : Revenge Of Fallen yang lebih gempak dan memanas kan daripada yang ditayang kan di pawagam sebelum movie start tu, serta melajukan debaran jantung apabila melihat Megan Fox yang H O T.


Bersiap sedia untuk beratur panjang dan berebut tiket dan seat untuk movie ini.
are you ready??
ai ai captain...


tapi aku nak gi tengok dengan sape???

dengan sape???
damn...

Thursday, June 11, 2009

Innalillah...

betapa sayang nya kami kepada dia..
tapi kami tiada daya menahan kuasa-Nya


perginya meninggalkan suami yang disayangi
perginya meninggalkan anak yang di kasihi
perginya menemui Allah yang dicintai


i keep wondering..
How is she there??


Andai jenazah boleh berkata..menyampaikan berita dari sana


Detam ku sayang..
sampaikan salam ku kepada Tok Wan dan Tok yg ku rindui..
Sampaikan salam ku juga kepada Ende Rosnah, Ami Yob dan Ami Chik


Yang bernyawa pasti akan mati..
cuma kita tidak tahu bila waktu untuk kita meninggalkan dunia ini.
mati itu pasti..

Innalillahiwainnalillahirojiun..


Monday, June 8, 2009

The Best Of The Best

Kalau Ziana Zian dengan Siti Nurhaliza ada album Best of The Best.
Hanisah pun nak ada jugak.
Tapi album gambar je la..hehehe..
So kali ni album cuti cuti mesia ke Muar meraikan kazen ku kawen di samping cuti cuti ke PD




Mr Husband (my cousin) and Mrs. Wifey
Isn't she sweet??




Bergambar kenangan bersama newly weds couple.
Comey nye yang baju ijau tu..
p/s - yang tudung kuning tu bukan baju hijau tudung hijau tu.. kah kah kah




yezza....macam saya pulak yang kena pinang..
siap duduk bersimpuh lagi..cewah
agak agak saham saya boleh naik tak dengan gambar seperti ini..




Ok sekarang beralih ke PD.
Rumah Api Tanjung Tuan.
huhuhu...giler penat mendaki bukit 45 darjah. sampai tongek bontot dan kejang kaki aku menapak 1km semata mata nak tengok rumh api ni..
Dah penat menapak tapi tak dapat masuk dalam
khdskydka giler tension. penat!!
sampai nak bergambar pun dah tak larat.
aduhai...



Sempat jugak la posing sekali. View dari rumah api ni..
Belakang tu sebenarnya laut jek. Tinggi jugak.
Kepada penggamang tinggi lupe kan la niat anda nak berposing kat tempat saya berposing ni.
silap langkah memang kedebush jatuh kebawah.
Yer tuan tuan dan puan puan boleh lihat ye.saya menapak dengan selipar sahaja
di ulang dengan menggunakan S E L I P A R sahaja.



Alo alo...tampar nak??



huhu.. awal awal kemunculan beliau di kolam mandi.
muka ala ala takut nak masuk dalam air..
hisap jari boleh mengurang kan neves..




yea!! clap clap!!
sekarang beliau merasa sangat hebat kerana boleh menepuk dan menampar air dengan tangan..
Tahniah..syabas mere betti.




Mestila simpan The Best untuk akhir sekali..
ini lah yang di namakan anak borek mak rintik
eh salah.. mak borek anak rintik..
hahahahaha...
p/s - abaikan budak tembam di belakang sekali tu..hihihi..



Friday, June 5, 2009

Rexona No Sweat Challenge

Hari itu hari sabtu, kami datang ke UiTM berbekas di hati ku untuk menyibuk di majlis konvokesyen rakan rakan kami.
sebenarnya kami amat suka berpeluh ketiak dah bermasam dan berhimpit di tengah kepadatan orang ramai kerana ada minuman dan kuih F R E E

hahahaha...



Peserta Rexona No Sweat Challenge!!




Kami datang menyibuk dan sanggup berpeluh ketiak untuk meraikan mereka ini.
Masa saya sudah lepas...kini tiba masa mereka pula.
Kira kami menyibuk bukan la sebab kami suke berpeluh ketiak dan bermasam masaman.
Biar kita berpeluh ketiak dan bermasaman dengan penuh makna.haha





Oleh kerana keadaan yang sesak. kami pun terus men-snap gambar tanpe pedulik kan orang. kami memang telah di latih bergambar dan men-snap gmbar dalam keadaan sesak.
Kami memang hebat!! syabas mere-betti




Ini satu lagi kepakaran kami. self-captured picture..
tapi hanya mampu dilakukan oleh mereka yang mempunyai tngan yang panjang.
bukan tangan panjang ok..berbeza tu.
Sape boleh calen tangkap gambar sendiri masukkan muka 5 orang sekali dengan keadaan sekeliling penuh sesak orang.
clap! clap! clap!



Eh bear ni pun sibuk jugak. Meraikan orang yang diraikan..
hihihihihi
Malu i...(kenapa aku nk malu lak ni??)




Dalam perjalanan balik.. Terjumpe seorang makcik cun ni dengan kebaya indon nye..
hik hik hik..



huhuhu penatnya berbahasa skema..


Thursday, June 4, 2009

merah membara semangat waja

akhirnya...
penantian mencari layout baru untuk blog telah berhasil.
merah tu..barula betul betul hanisah
yer..memang saya suka warna merah..kenapa tak percaya ke?

enjoice~~